Tentang Kami
PENGENALAN
Ringkasan Eksekutif
AGRO VOLTEC ENTERPRISE telah didaftarkan pada 15 Mei 2019 dengan No. Pendaftaran Syarikat SA0517165-U. Syarikat ini diterajui oleh MR SRI SUTHESH CHELLADURAI yang berkomited untuk meneroka peluang bagi memartabatkan lagi syarikat ini. Syarikat juga mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada pihak kerajaan mahupun swasta bagi meningkatkan saujana potensi syarikat ini.
AGRO VOLTEC ENTERPRISE bermula dengan modal hanya RM 65,000.00 dan bermula dengan tapak berkeluasan 2 ekar tanah dengan sebanyak 10,000 polybag menggunakan sistem fertigasi dengan menanam tanaman sayur-sayuran seperti timun, terung, bendi dan rockmelon. Selain itu, kami juga menjalankan pemasangan & penyelegaraan sistem solar off grid & on grid. Kini, syarikat kami giat memajukan tapak fertigasi seluas 5 ekar di Jalan Kebun, Klang. Kami juga mencipta sistem hidroponik & fertigasi yang boleh ditanaman di rumah seperti apartment dan kondominium. AGRO VOLTEC ENTERPRISE turut mendapat projek-projek pemasangan sistem fer gasi di projek-projek jabatan pertanian dan agensi-agensi lain seperti Pejabat Tanah. Kami juga turut giat menjalankan kursus pertanian dibawah anjuran HrdCorp.
“Kami berazam menjadi antara pelopor bidang ini yang dipercayai dan berdaya maju sejajar dengan pemodenan teknologi. Syarikat kami meletakkan harga yang berpatutan bagi setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan agar dapat memberi peluang kepada pelanggan bagi mendapatkan produk di syarikat kami secara berterusan. Kami yakin mampu berdaya saing dan terus melangkah untuk lebih gemilang dalam dunia perniagaan ini.”

Objektif Syarikat
Cabaran di dalam perniagaan ini agak getir namun AGRO VOLTEC ENTERPRISE akan kekal fokus untuk terus berada di dalam persaingan di pasaran. Apa yang menjadi objektf syarikat adalah untuk memas kan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan tidak sama sekali hanya mengutamakan keuntungan semata-mata.
AGRO VOLTEC ENTERPRISE disokong kuat oleh tenaga-tenaga mahir yang mempunyai pengalaman dalam melakukan kerja-kerja berkaitan. AGRO VOLTEC ENTERPRISE juga beriltizam dak akan hanya menjadi sebuah syarikat yang sekadar menjalani “survival” sebuah organisasi yang tipikal namun kelak akan menjadi “trend setter” di dalam bidangnya. Untuk menuju ke arah demikian, AGRO VOLTEC ENTERPRISE sentiasa akan berada di dalam mod produk f dan dinamik. Budaya kerja di dalam syarikat ini adalah tidak hanya berpuas hati pada “zon selesa”. Kami di AGRO VOLTEC ENTERPRISE akan sentiasa mencabar potensi syarikat untuk terus merintis kejayaan demi kejayaan.
Misi Syarikat
- Menghasilkan produk dan servis agro yang berkualiti.
- Memastikan kepuasan kepada pengguna.
- Melaksanakan kerja secara professional dan beretika.
- Memastikan kerja-kerja dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Memastikan kerja-kerja disiapkan dengan kos yang lebih efisien tanpa menjejaskan kualiti kerja.
- Menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada.
Visi Syarikat
AGRO VOLTEC ENTERPRISE berazam untuk memberi perkhidmatan dan produk mengikut standard piawaian yang ditetapkan dan menghasilkan servis dengan kualiti terbaik di samping turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Falsafah Kami

Kami percaya kepada keikhlasan, kejujuran dan ketepatan janji.

Kami berusaha melatih dan mengekalkan kakitangan kami di semua peringkat.

Kami sentiasa menjaga reputasi syarikat sebaik mungkin.

Kami komited terhadap keperluan dan kehendak pelanggan.

Kami sentiasa berusaha menambahbaik mutu produk dan perkhidmatan kami dengan menggunakan teknologi terbaru

Kami memenuhi tanggungjawab korporat kami dengan penuh dedikasi.

Kami percaya kepada konsep kerja berpasukan dan saling melengkapi demi memajukan sesebuah perniagaan.

Kami menjalankan kerja dengan penuh amanah dan berusaha memberi yang terbaik buat pelanggan.
Kod Etika Syarikat
01
JUJUR MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
Sentiasa berkhidmat dengan penuh kejujuran, keikhlasan dan amanah tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi.
02
PEMATUHAN PERATURAN & UNDANG-UNDANG
Adalah menjadi satu kesalahan besar dari segi undang-undang dan agama jika berlakunya rasuah terhadap syarikat ini.
03
PENGHORMATAN KEPADA INDIVIDU & MASYARAKAT
Saling hormat menghormati di
antara satu sama lain di dalam
masyarakat yang berbilang kaum
dan agama.
04
KEPENTINGAN KUALITI, KEMAHIRAN & PIAWAIAN
Menjalankan kerja dengan penuh dedikasi yang mementingkan kualiti melalui tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan sentiasa mengikuti spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan oleh pelanggan.
05
KEPENTINGAN KESELAMATAN & KESIHATAN
Sentiasa mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk para pekerja dan orang awam.
06
KEPENTINGAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR
Sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan agar alam sekitar lebih terjaga dan terpelihara dari sebarang pencemaran.
The Daunfarm Team
Grown With Love on Our Farms

Trevor D. William
Founding Farmer
Contact Us To Get Special Offer
Do not hesitate to get in touch with us to get special offer and free consultation!